Monday, October 8, 2012

Ku Pendam Sebuah Duka

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan Seandainya...

Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan
 Ku pasti kau kembali

Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan

Wednesday, August 29, 2012

Dunia Kau!

Aku di tarik di dalam dunia kau
Dunia yang aku tidak tau mana pucuk dan pangkal nya
Semuanya OK di dalam dunia kau
Kau heret aku kemana sahaja
Seperti aku di pukau
Pabila aku hanyut, engkau biarkan aku terhanyut
Pabila aku tersedar, engkau tarik aku kembali ke DUNIA KAU!

Bila aku nak jumpa penghabisan dunia ini?
Sampai aku mati? atau sampai engkau mencipta dunia baru dan mengunci aku sorang2 dalam dunia yang engkau cipta ini?

Bermain Dengan Mancis

Jangan lah kau bermain dengan mancis...aku tau mancis itu unik...
batang yang lembut kepala yg hitam...ya aku tau ia unik...kerana dengan sedikit geselan dengan benda kasar akan menghasilkan percikan api yang cantik...

ya sungguh indah...

tapi engkau harus ingat...percikan yang indah pada diri engkau itu boleh menghasilkan kebakaran yang besar dan luas...engkau boleh memadam kan sebentang hutan yang luas dengan segerombolan api yang marak...

tapi engkau harus ingat...tentang kehidupan yang berada di dalam hutan tersebut...kerana engkau telah menghancurkan tempat tinggal mereka atau lebih teruk engkau boleh membunuh mereka dengan api yang marak tersebut...bakar hidup hidup!

engkau jangan lah lupa...asal usulmu jugalah berada di dalam hutan yang engkau bakar tersebut...jangan sampai api yang engkau bermain tersebut menghancurkan masa depan engkau...

Tuesday, August 28, 2012

Engkau Mengerti? Terasa Antara Kita Semakin Jauh...Tetapi Lama2 Semakin Dekat...PELIK!

Pernah aku bertanya
Adakah kau madu atau racun dalam hidupku
Ku berikan semua dari siang ke malam
Ku kerja hanya untuk kebahagiaanmu

Ku berikan cinta,intan dan permata
Adakah kau HARGAI? TIDAK!
Cuba lihatlah kita
Melakunkan cinta
Masihkah ada cinta kita?

Telah ku curah segala
Sekuat di hati
Agar kita berdua
Akan terus bersama
Tapi apakan daya
Ku tak kau hargai
Apa guna pura-pura
Cubalah mengerti

Berikan keikhlasan
Darimu padaku
Oh tak sanggup aku
Hidup sebegini

Sunday, August 12, 2012

Penipu

ada pepatah mengatakan bahawa "Gambar tidak akan menipu. Tetapi Photoshop ya!"


Saturday, August 11, 2012

Kau Yang Tidak Tahu Atau Kau Tak Faham?

sewaktu kecil engkau di ajar ABC dan kemudian 123 serta alif ba ta...
semakin dewasa engkau belajar ilmu yang baru...
semakin dewasa engkau...
semakin berilmu serta pengalaman yang engkau gali...
engkau jadi lebih memahami dari orang yang lebih muda dari engkau sama seperti yang engkau alami ketika engkau masih muda dahulu...

tetapi...

engkau sengaja buat-buat tidak tahu sebab engkau benar-benar faham akan situasi tersebut...
engkau sengaja buat buat tak faham kerana engkau tahu penyelesaian nya...

kau tak faham ke sengaja buat tak tahu???